Sunday, September 18, 2011

-BACK TO SCHOOL-

0 comments
Assalamualaikum,
Hola, how your raya guys? Hope you are doing well.. As for me one thing in my head right now is GOING BACK TO STUDY!!! Can you imagine, almost 4 month i haven't touch any ACADEMIC books. So, it really take time for me to WARMING UP my mood in order to switch it from sleepy mood to 'STUDY' mood. Nevertheless, i still have spirit for the new semester..

Actually,i'm not in school anymore but yet still have a lot of things to study and learn new things.Hope my GOALS for new semester, I will achieves my GOALS no matter how hard i work it on.Of course, you guys have your own dreams right.. I pray the best for you..


It seems like more TASK are waiting for me to finish before I end my tenure...I will try my best to  make all of you satisfied. Here's my time table. Only for my reference.. huhuhuu...


Catch up with you later!!!

Thursday, September 1, 2011

-TARIKH2 PENTING-

0 comments
Assalamualaikum,

Honestly, I really don't know what to post about.There are nothing in my mind to talk or write about specifically. The new semester's entrance just around the corner right? So, I'll take this opportunity to post something as a reminder. Here are dates that I must keep in mind:

  • Pendaftaran Universiti pelajar baru Sesi Akademik 2011/2012
    7 September 2011
  • Pendaftaran kursus pelajar baru Semester I, Sesi Akademik 2011/2012
    9 September 2011
  • Pendaftaran kursus pelajar senior (online) dan cetakan jadual waktu kuliah Semester I, Sesi Akademik 2011/2012
    8 - 11 September 2011
  • Sesi perkuliahan Semester I, Sesi Akademik 2011/2012
    Mulai 12 September 2011
  • Cetakan jadual waktu tutorial/makmal Semester I, Sesi Akademik 2011/2012
    16 September 2011
  • Sesi tutorial/makmal Semester I, Sesi Akademik 2011/2012
    Mulai 19 September 2011

Catch up with you later!!!

Tuesday, August 30, 2011

-SELAMAT AIDIL FITRI 1432 HIJRAH-

0 comments
Assalamualaikum,

Apa khabar raya kawan-kawan? Moga hebat-hebat belaka...
Seronok bagi kita, umat ISLAM khususnya menyambut hari kemenangan kita semua melawan hawa nasfu sepanjang bulan ramadhan..

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." Surah al-Maaidah: 3

Sesungguhnya beruntunglah kepada mereka yang benar-benar memperhambakan diri kepada ALLAH s.w.t. Amat besarlah kerugian kepada mereka yang tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan untuk membanyakkan amalan dan berusaha untuk mengutip manfaat darinya.

Di kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk meminta ampun dan maaf atas semua kesilapan yang disengajakan atau tidak. Moga- moga sambutan aidil fitri kali ini memberi 1001 makna di samping membuka lembaran baru dalam hidup ini.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1432 HIJRAH
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54
<=AMINAH DAN KELUARGA=>

             
Catch up with you later !!!

Tuesday, August 9, 2011

-10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa-

0 comments
Assalamualaikum,

Hi guys, how's your ramadhan so far? I'm sure you're doing GREAT, right? If you're doing just fine, you shouldn't feel that way actually. You what? Make this year Ramadhan, your BEST Ramadhan ever. You might not able to meet the next Ramadhan. For those who try to make it, I wish GOOD LUCK. Never ever give up. Remember ALLAH always there for you.Make use your precious time worshipping ALLAH. Please DO NOT do stupid and meaningless stuff. Better start now. Better late than never, right? Increase our effort in IBADAH.You not losing anything but everything to gain. Here some MOTIVATION that will you to better RAMADHAN.. INSYA-ALLAH.. These going to be in MALAY. SORRY>>

-10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa-

Pertama:
Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa

"Pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya."  (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua:
Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.

Berkaitan isu Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

"Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. " (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).

Ketiga:
Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik.
Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat:
Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya.

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.


Kelima:
Puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit.

“Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam:
keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga.

Rasul yang mulia berkata , “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh:
Di dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.

Kelapan:
Di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan bahawa, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”

Kesembilan:
Di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh:
Orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Source: Pondok Habib
Credit to : http://feryco.com/amalan-yang-tidak-diterima-pada-bulan-ramadhan

Catch up with you later!!!

Wednesday, August 3, 2011

-berbanggalah dengan RAMADHAN-

0 comments
Assalamu'alaikum,


Kita pasti selalu mendengar ayat ini bila menjelang ramadhan al-karim. Allah berfirman di dalam Al-Quran:



  ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ 

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah  diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Al -Baqarah:183).

Terdapat 1001 hikmah yang terselindung disebalik tuntuan berpuasa di bulan ramadhan menurut perspektif sains. Antaranya:

  1. Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.
  2. Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.
  3. Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
  4. Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan. 

 
Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa.

Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berdasarkan penemuan yang telah saya nyatakan, kita sebagai Muslim yang benar-benar beriman hendaklah berpuasa kerana ALLAH dan bukan semata-mata melihat kebaikan dari sudut  kesihatan sahaja. Itu hanyalah dijadikan sampingan untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH yang MAHA BESAR. Terlalu bermakna setiap apa yang telah diaturkan oleh ALLAH. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Ada hikmah disebalik aturan-nya. Terpulang kepada manusia untuk mencari segala hikmah yang tersembunyi.

BERBANGGALAH MENJADI UMAT NABI MUHAMMAD



Catch up with you later!!!