Assalamualaikum,
Seronok sebenarnya exam dibatalkan. Tapi, 'selamatlah' minggu depan 2 exam dalam satu hari. Katanya, exam tak jadi postponed minggu depan. Sebagai gantinya, kena tonton video. Awal2 terasa peliklah, asal video 1 jam saje. Sempat ke habis ke tidak ni. So, masuk muka dengan penuh rasa selamba. Budget tengok video pe.. Sekali, pergh!!!
this is one of the best video that i watch!!! SERONOK sangat2.. mungkin kalo ad member yang baca blog aku mesti dia akan kata 'poyo r minah. seronok konon'. bagi aku video ni seronoklah. bagi korang ak tak taulahkan . Bak kata kata matlutfi.' kita tidak boleh paksa orang ikut telunjuk kita. sebab masing-masing mempunyai background yang berbeza'. betoi ka.. lebih kuranglah maksudnye..
Kenapa aku kata video ni best sebab aku mampu mengalirkan airmataku sepuas-puasnya. Tapi tak puas pun tadi. Serius.Tadi terasa betul nak menangis teresak-esak. takut orang kat aku ni 'over' pulak. Mana taknya, dah lama kot aku tak menangis. Selalu sangat hidup kita ni dipenuhi dengan gelak ketawa. Yelah selama ni, asyik-asyik tengok cerita korea lah (aku dah lama pension okei), cerita jepun, variety show artislah (aku tak layan) , tengok cerita lawaklah. Kan bagus kalau selalu keluarkan air mata keinsafan dari keluarkan air mata sebab banyak sangat gelak..
Duk difikir-fikirkan, sejauhmana kecintaan kita kepada Rasullullah. Sejauhmana kita mengamalkan sunnahnya. Sejauhmana kita menangis sebab terlalu rindukan Baginda bukan sebab putus cinta ke apa ke. Sejauhmana bukti kasih sayang kita kepada nabi Muhammad. Terasa amat hina dan malu sangat 100000000X sekali lepas menonton video tadi. Ya allah ucapan beliau betul2 menusuk ke kalbu, tulang rusuk, hati dan etc. Padahal baginda yang satu-satunya makhluk yang dapat beri syafaat dan selamatkan kita di akhirat nanti.
Harap dapat ambil pengajaran dan iktibar, Bukan sekadar insaf seminit atau sesaat dua sahaja.. Disini ada sajak yang aku tujukan kepada sahabat2 diluar sana..
Jadikanlah Rasulullah sebagai contoh pemimpin agung
Jadikanlah Rasulullah sebagai pembakar semangat
Jadikanlah Rasulullah sebagai pendakwah ikutan
Jadikanlah Rasulullah sebagai ciri-ciri suami pilihan
Jadikanlah Rasulullah sebagai pemidato terbilang
Jadikanlah Rasulullah sebagai panglima tentera yang gagah perkasa
Janganlah kau palingkan mukamu di Masyhar di saat kami memerlukanmu Ya Rasulullah
Kami rindu untuk bertemumu Ya Rasulullah
Hidup dan matiku adalah keranamu Ya Rasulullah
Catch up with you later!!!!