Tuesday, March 15, 2011

-aku bergelar MPP-


Assalamualaikum,

Tepat pukul 3.00 petang di bilik senat canselori USIM. Hatiku gundah gulana. Semua kerja serba serbi tak kena Tidak senang duduk.  Ke kiri salah ke kanan pun salah. Jiwaku meronta-ronta untuk keluar dari bilik yang serba gah itu. Apakan daya demi menghadap ayahanda tercinta, aku sanggup bertahan. Detik demi detik sudah berlalu. Ucapan pemimpin yang dihormati sudah, kata-kata semangat dari ayahanda pun sudah. Sekarang tibalah saat yang aku tak nak tunggu iaitu akur janji. Kata-kata janji tersusun rapi. Bait-bait sumpah terlafaz indah. Di saat ini, tubuhku menggigil. Tanganku terketar-ketar. Peluh mula membasahi dahiku. Adakah aku mampu melaksanakan amanah yang berat bertan-tan ini yang tidak mampu dipikul oleh gunung? Melihat sahabat-sahabat yang begitu yakin, api semangatku  membara untuk bersama saff kepimpinan MPP pada kali ini. Seusai serah tugas dari MPP lama kepada MPP baru, bermula hari-hari yang menduga iman dan sudah pasti cabaran yang perit menanti.

Moga segala apa yang dilakukan biarlah berbalik kepada Islam. Bukan jawatan semata-mata yang diminta tetapi tanggungjawab yang utama. Doa dari sahabat-sahabat kami perlukan sepunya hasrat seluruh warga USIM sama-sama digarap demi pembangunan ummah. Marilah bersama-sama berganding bahu merealisasikan impian kita..
Bertekad gemilang!!!




Catch up with you later!!!

0 comments:

Post a Comment