Assalamualaikum,
Tanggal 16 Julai 2011, aku bersama geng2 MPP dan pelajar2 USIM (budak u lain ada juga) yang lain bertolak ke Kelantan.Kekuatan kami lebih kurang 40 orang.
Kami sudah tiba di Dabong, Kelantan dalam jam 8.00 lebih (x ingat r pulak)pada 17 Julai 2011. Masing-masing punye muka sangatlah 'comel'..Paham-paham jelah...
Apa2 pun. makan lalu... |
Sampai-sampai je, kami mengisi perut dulu. Semangat betul budak-budak ini makan.Aku pun sama je..
Lepas makan, masuk gua dulu. Sepatutnya, 3 gua masuk tapi 2 je yang boleh masuk Gua Keris dan Gua(x ingat da). Selepas masuk gua , pendakian gunung bermula... Perjalanan dari pintu utama ke campsite lebih kurang 2 jam.. Lepas sampai je, apa lagi masak le jawab nye..
Group yang masak bwh khemah.. Best seyh.. |
Group aku tengah masak. Yang sedap aku masak, yang tak sedap budak lain yang masak... huhu .. (melawak je)..
Masing-masing tunjukan kepakaran.. Air tangan aku juga diorang rasa .. hahaha.... Makan apa?? Sarapan makan nasi dan sardin. Malam makan maggie sudah... Pergh!! sedap sungguh masakan kami..Hingga menjilat jari
Esoknya, 18 Julai 2011 pendakian ke puncak pun bermula. Setelah berhempas pulas mengerahkan tenaga yang ada, AKHIRNYA!!!!! ALHAMDULILLAH sampai juga ... Bergemalah alunan azan setibanya kami di puncak...Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam..
PUNCAK GUNUNG STONG!!!!
Kegembiraan terpancar di setiap muka masing-masing. Kepenatan seolah-olah hilang selepas berjuang untuk sampai ke puncak... Sukenya masing-masing..
Bangga tak terkata. Puncak ini taklah luas mana pun. Tapi masih mampu menampung kapasiti kami... Ada yang masak kat atas puncak ini.. Ada yang tidur.. (ad ke?) Tapi yang penting indah sungguh ciptaan ALLAH kalau lihat dari puncak walaupun x berapa nak jelas sebab kabus tebal.. Tepat pukul 3.00 ptg kami bertolak pulang ke campsite. Nak dijadikan cerita,ada satu perkara yang yang tak dapat dilupakan dan memalukan.. Aduh, malu nak cerita sebab aku pun sekali terlibat..
Keesokan hari, sesudah subuh ada bacaan al-quran..
Sesi fotografi group masing-masing. Ukhwah sesama MPP dan pelajar dapat dirapatkan..
group durian |
Group gua beb... HIDUP MOKTE... |
Singgah bergambar.. |
Dalam perjalanan turun gunung. Masa ini dah nak balik dah, lalu air terjun. Jadi, sempat bergambar dulu..
Lebih kurang 2 jam, kami pun selamat mengakhiri ekspidisi menawan GUNUNG STONG..
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua.. Pengalaman pertama mendaki gunung.. It's really great to out with you guys..
TERIMA KASIH MPP!!!!
Catch up with up later !!!
1 comments:
Nice trip kan:D
Post a Comment