ASSALAMUALAIKUM..
Sapa kata yang ramai akan menang. Yang kuat akan juara. Yang sedikit akan kalah.Bukti yang sangat jelas lagi nyata, bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh sewaktu peperangan pertama dalam sejarah islam iaitu perang Badar. Seperti yang diketahui, bilangan tentera islam pada masa itu tersangat sedikit iaitu seramai 313 orang.Jika hendak dibandingkan dengan bilangan tentera musyrikin yang cukup confident boleh menang seramai 1000 orang. Nisbahnya ‘three to one’ tu. mana aci kan? kan? Tambahan pula dengan keadaan tentera islam yang tersangat tidak bersedia dari segenap sudut ilmu, pengalaman terutamanya kelengkapan berperang.. ada sesetengah sumber mencerita mereka menggunakan hanya pelepah tamar sebagai pedang atau perisai...
Walaupun keadaan yang begitu menghimpit,dengan kekuasaan ALLAH, kemenangan tetap berpihak kepada tentera islam. Subhanallah... Panjang lagi sebenarnya kisah perang badar. Selebihnya korang boleh cari sendiri kat buku-buku sirah. Tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan. Apa yang aku nak highlightkan kat sini ini adalah ketahuilah korang-korang semua bahawa antara penyebab kemenangan adalah kekuatan yang tidak ada pada tentera kafir iaitu sifat TAQWA mereka kepada ALLAH yang Maha Besar lagi Maha Agung. Kalau diikutkan logik akallah, mana mungkin kumpulan yang sedikit boleh mengalahkan kumpulan yang ramai. Hanya berbekalkan keimanan dan ketaqwaan yang sangat 1000x tinggi kepada ALLAH, ALLAH memberi pertolongan dan kemenangan kepada tentera islam pada ketika itu.Banyak lagi cerita-cerita yang terdahulu yang menceritakan tentang ‘the power of taqwa’.
Kerana itulah, antara golongan yang dijamin masuk syurga ialah ahlul badar. Sebenarnya bukan nak suruh korang pergi berperang pedang kat palestin sana tu (bagus juga kalau korang nak pegi), tapi nak bagitahu korang betapa beruntungnya mereka yang benar-benar bertaqwa kepada ALLAH. Nikmat yang dikurniakan bukan setakat si dunia, bahkan di Akhirat.. Banyak tu beb.. Korang tak nak k? Rugi lah korang. Nak tunjukkan betapa pentingnya sifat taqwa, tiap-tiap hari jumaat khatib akan menyeru supaya orang bertaqwa kepada ALLAH kn? Siap jadi rukun solat jumaat lagi (tupun kalau pegi solat jumaat, kalau pegi pon yang tak tido masa khutbah) khas bagi orang lelaki lah. Orang pompan aku pahamlah.
Ustaz aku pernah bagitau, kalau kita ni hidup kat dunia tapi x sekalipun berangan-angan nak nikmat akhirat, bermakna syaitan laknatullah 100 % dah berjaya ikat hati korang dengan tipu daya DUNIA. Taksub and obses dengan perhiasan DUNIA.Iingatlah orang yang demikian amat rugi diakhirat kelak. Jangan risau. Don't worry. ALLAH Maha Pengampun dan Maha Mengasihi. Pintu taubat masih terbuka. Rebutlah peluang ini.
Catch up with you later!!
0 comments:
Post a Comment