Assalamualaikum..
Aku ade terbace satu majalah.. Belek punye belek ,tibe2 mateku terpana pada satu artikel nie.. Berkaitan dengan sekularisme... Rase menarik untuk dikongsikan..
Perkataan sekularisme berasal dari perkataan latin iaitu " Saeculum". Saeculum bermaksud masa dan tempat. Dengan kate lain "masa dan tempat " ini bermaksud Masa Kini Bertempat Dunia.
Dari Kamus Dewan : "Fahaman (doktrin) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan di dalam urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama
Dari buku Daa'ratul Maa'rif al Brithoniah "Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Kecenderungan tersebut telah berkembang sepanjang sejarah moden kepada sebuah fahaman sekularisme sebagai gerakan yang menolak agama dan ajaran kristian".
Sebenarnya terdapat banyak impak negatif kepada dunia islam pada hari ini seperti dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Terutamanya dalam medan pendidikan. Kite sebagai seorang pelajar sepatutnya lebih peka dan terkesan dengan dakyah-dakyah sekularisme dalam pembelajaran seharian.
Kalau ikutkan logik, mengenai method pendidikan yang disyorkan oleh syara' yakni method yang dikehendaki oleh islam sepatutnya sistem ini mampu membawa penganut-penganut islam ini membersihkan jiwa manusia dan menanamkan rasa taqwa kepada Allah.
Malangnya, berapa ramai yang terkesan dengan ilmu yang dipelajari? Kite nie selalu belajar hanye nak lulus exam je. Habis je exam, semua ilmu hilang entah ke mane. Buktinye, kalo lecture korang tanye balik perkara korang dah belajar. Semue jadi macam buruk gagak.. a a a.. Teragak-agak nk jawab. Antara jawapan yang famos korang akan kate ' a'ah r mcm penah dgr', 'rase nye r' , 'x pasti r', 'ye kot'. Yang lagi best 'x ingat r' dan 'dah lupe'. Bukan korang je.. diri si penulis pun same je(hehehe). Muda-muda dah ade dementia.. Kesian..
Lagi satu contoh, sejauhmana subjek genetik atau biokimia (apa-apa subjek) boleh membawa kita rasa dekat dengan Allah ???? Jawab jangan x jawab....
Mudah-mudahan kita x terpesong jauh dan hanyut dengan dakyah sekularisme.. Selalu dekat diri dengan tuhan. Allahu Akbar!!!
Catch up with you later !!!
1 comments:
jupe kamu...tq syg~! ;)
follow me :)
Post a Comment