Sunday, February 27, 2011

-rehat atau kifarah-


Assalamualaikum,

Ruginya tak dapat masuk kelas hari ini.. tentu banyak perkara yang baru dan seronok dipelajari.. Kadang-kadang terasa, bagus juga tidak perlu masuk kelas. kalau masuk pun, asyik mengantuk saja dalam kelas.. Tapi, duduk pikir-pikir balik, mungkinkah ini atu kifarah dosa.. Maklumlah, bila sihat saja, selalu na buat maksiat.. Bila dah sakit baru tersedar.. susahnya sakit, tak siapa nak tolong. kawan pun ada kerja lain yang perlu dilangsaikan.. Alih-alih, aku juga kena buat sendiri.. Sakit hanya Allah saja yang tahu..

nak kongsikan bersama fiqh perubatan dari I luv islam :

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


  1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
  2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
  3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
  4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
Jadi, jagalah kesihatan anda. Rasulullah juga menyarankan agar umatnya selalu beriadah. Tapi jangan sampai abaikan tuntutan fardhu ain pula

Catch up with you later !!!

0 comments:

Post a Comment